Program ICT: Sesi Belajar Menggunakan Digital Art (Ibis Paint X) Kerjasama Bersama Unimas & PEDi Tebelu

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

8 Julai 2023 telah berlangsung program “Lan Berambeh Merami Bersama Unimas di Sebuyau” yang telah dianjurkan pihak Unimas bersama pelajar kos Pengurusan Seni Tahun 1 di mana telah dirasmikan Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N27 Sebuyau)

Salah satu program yang dianjurkan Pihak Pelajar Unimas iaitu Sesi Belajar Menggunakan Digital Art (Ibis Paint X) telah berkolaborasi dengan PEDi Tebelu untuk bersama2 menjayakannya. Pihak PEDi turut meminjamkan beberapa buah tablet bagi tujuan pertandingan mewarna & melukis menggunakan aplikasi Ibis Paint X sekaligus menjadi juri pertandingan tersebut.

Diharapkan pada masa yang akan datang lebih banyak pihak yang akan mengadakan kerjasama bersama PEDi Tebelu bagi memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat sekitarnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali